|

PROSEDUR MELAYAN TETAMU



 
PROSEDUR MELAYAN TETAMU

Terdapat beberapa prosedur atau tatatertib yang perlu dilaksanakan oleh pramusaji untuk melayan pelanggan yang datang untuk makan di restoran. Prosedur ini disediakan bagi memastikan kepuasan pelanggan tercapai dan objektif perkhidmatan penyajian makanan terlaksana dengan sempurna. Antara perkara yang perlu dilaksanakan ialah :- 

a)                 MEMBAWA PELANGGAN KE TEMPAT DUDUK.
-          Bermula apabila hos menyambut tetamu dipintu hadapan restoran dan mengiringi tetamu ke meja mereka.
-          Pramusaji mengambil tugas alih tugas hos melayan tetamu dengan menempatkan tempat duduk tetamu agar tetamu berada dalam keadaan yang selesa.

b)     MEMBENTANG NAPKIN PADA PELANGGAN.
-          Kemudian pramusaji akan meletakkan napkin diatas riba tetamu dengan tertib.

c)      MENYAJI MINUMAN.
-          Setelah tetamu duduk dengan selesa pramusaji akan menghidangkan minuman sejuk terlebih dahulu sebelum mengambil tempahan makanan.

d)     MEMPERSEMBAHKAN MENU DAN MENGAMBIL PESANAN.
-          Pramusaji akan mempersembahkan senarai menu  restoran disebelah kiri pelanggan dan membuka menu tersebut terlebih dahulu bagi memudahkan pelanggan.
-          Pramusaji memberi masa untuk pelanggan membuat pilihan makanan dan memberikan cadangan menu istimewa jika diperlukan.
-          Setelah pelanggan membuat pesanan, pramusaji akan mengulangi pesanan tempahan dan menghantar tempahan ke dapur.

e)      MENYAJI MAKANAN MENGIKUT PESANAN.
-          Tempahan makanan akan diambil dari dapur dan akan dihidangkan kepada pelanggan.
-          Minuman akan dihidangkan disebelah kanan pelanggan manakala makanan akan dihidangkan disebelah kiri pelanggan.

f)       MEMBERSIHKAN MEJA.
-          Sebaik sahaja tetamu selesai makan, pramusaji akan mengambil pinggan dan membersih meja atau digelar “crumbing down” mengunakan napkin.
-          Kopi dan teh akan dihidangkan mengikut permintaan pelanggan.

g)      MENGHANTAR BIL.
-          Tetamu akan memangil pramusaji untuk menjelaskan pembayaran dan pramusaji akan menghantar bil ke meja pelanggan.

h)     MENGIRING PELANGGAN KELUAR.
-          Pramusaji akan mengiringi pelanggan keluar restoran dan mengucapkan terima kasih.
-          Meja akan disusun atur semula mengikut susunan asal.




Mari Chat Bersama Kami :)