|

PENYEDIAAN PERANGGU MEJA (CINA)





 PERALATAN

§  Bb plate
§  Chopstick
§  Chopstick stand
§  Table spoon
§  Chinese soup
§  Rice bowl
§  Soup bowl
§  Chinese tea
§  Round table
§  Lazy susan

Hidangan Cina adalah salah satu yang terkenal dan popular di dunia dan mempunyai pelbagai pilihan menu. Menu Cina terdiri daripada pilihan yang lengkap sekurang-kurangnya lima sajian bermula dari pembuka selera, sup, daging lembu, ayam atau ikan, sayur-sayuran dan sebaginya. Secara tradisinya, makanan tersebut akan dinamakan sempena nama baik tertentu. Menurut kepercayaan mereka, makanan ini akan membawa tuah kepada keluarga atau masyarakat mereka. Hidangan Cina mempunyai identiti mereka sendiri. Beberapa ciri seperti di bawah:
                                i.            Meja bulat biasanya digunakan di restoran Cina yang mampu menampung 8, 10 atau 12 orang untuk satu meja.
                              ii.            Lazy Susan akan diletakkan di tengah meja untuk diletakkan hidangan yang membantu tetamu untuk mengambil hidangan mereka tanpa berdiri atau meminta orang ramai untuk membantu mengambil makanan tersebut.
                            iii.            Penggunaan chopstick dan sudu cina
                            iv.            Penggunaan mangkuk cina, sup, nasi atau pencuci mulut
                              v.            Hidangan secawan teh cina


PROSEDUR DALAM PERKHIDMATAN CINA

Kebiasaannya di dalam perkhidmatan Cina, kain bewarna merah digunakan untuk menaikkan suasana atau menyerlahkan identiti Cina itu sendiri.
§  Side plate di letakkan untuk setiap tetamu.
§  Set chopstik diletakkan dibahagian kanan pinggan.
§  Set cawan teh diletakkan di bahagian atas chopstik
§  Kesemua hidangan diletakkan di atas lazy susan.
§  Soup bowl juga diletakkan di atas lazy susan
§  Hidangan pertama akan dihidangkan selepas semua tetamu sampai dan duduk. Pelayan akan menghidangkan makanan pada semua tetamu dan akhirnya meletakkan makanan tersebut di atas lazy susan.
§  Teh akan dihidangkan di dalam Chinese cup

Mari Chat Bersama Kami :)